Wednesday, February 24, 2010

10% Discount

With effect from 1st July, 2010 all customers will get another discount of 10% on top of their NCD if they renew their vehicles's insurance direct to the insurance company office/branch.

The discount they enjoy currently is 5% since 1st July 2009.

Monday, August 10, 2009

ANDA MASIH BERDIAM DIRI ???

NOTA: SELURUH UMAT ISLAM DIMINTA BERISTIGHFAR DAN BERILTIZAM UNTUK MEMERANGI MUSUH2 ISLAM DENGAN KEKUATAN MINIMA SEKALIPUN IAITU NAWAITU DALAM HATI SANUBARI. INGATLAH BAHAWA ISLAM DAN UMAT ISLAM DALAM BAHAYA JIKA RANCANGAN JAHAT MEREKA2 INI DIBIARKAN SAHAJA TANPA TINDAKAN. WALLAHU'ALAM

KENYATAAN AKHBAR
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis 15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009

Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com/ yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.

Disaat umat Islam menyambut hari mulia Nisfu Sya'ban, Ketua Pemuda DAP ini memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang seorang tokoh pendakwah Islam. Dr. Mohd. Ridhuan Tee dalam tulisannya mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya. Saya tidak pasti apakah menjadi dasar DAP menghalalkan perhubungan luar nikah dan "menghalalkan" anak luar nikah. Kita memang bersimpati dengan nasib yang menimpa mendiang Teoh, malahan ahli PAS dan juga PKR yang beragama Islam antara kumpulan yang banyak terlibat dalam demo atau bantahan terhadap kematian mendiang Teoh.

Saya sendiri antara Ahli Parlimen beragama Islam yang paling awal yang mendesak supaya siasatan segera dibuat atas kematian mendiang Teoh. Malahan Naib Presiden PAS YB Dato' Seri Nizar sehingga sanggup bersama menyalakan lilin dalam "candlelite vigil" memperingati mendiang Teoh. Tetapi isu menghalalkan anak luar nikah adalah satu isu lain. Ramai dikalangan masyarakat Cina yang ditemui menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan itu, kerana seolah-olah memberi gambaran masyarakat Cina yang ramainya penganut agama Buddha dan Kristian meredhai perbuatan mengadakan seks dan mengandung sebelum berkahwin.

Pemuda DAP sepatutnya tidak bertindak menurut emosi dan kelabu dengan isu dihadapan kita. Dalam isu kematian mendiang Teoh, kita semua bersetuju satu siasatan telus dan adil perlu dibuat untuk mencari sebab-musabab kematiannya. Malahan satu inkues perundangan sudah pun dimulakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, dengan Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan sebaik sahaja inkues tersebut selesai dijalankan. Tetapi dalam isu beliau menjalin hubungan seks sebelum berkahwin dan mengandungkan tunangnya, itu satu isu yang lain.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhak untuk menyatakan pendapatnya. Beliau adalah seorang berbangsa Cina, sudah tentu beliau juga tahu adat resam dan budaya masyarakat Cina.
Apakah Pemuda DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat? Apakah kita semua mesti sentiasa menari gendang yang dipalu oleh DAP? Sesiapa yang tidak bersetuju dengan DAP menjadi musuh yang mesti dikutuk dan diserang? Apa yang kesal laman tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadap terhadap Dr. Mohd. Ridhuan. Apa yang lebih biadap dan kurang ajar ialah mereka juga menyerang agama Islam, bangsa Melayu dan mereka yang convert atau memeluk agama Islam. (Untuk membaca lebih terperinci sila layari laman web tersebut ~ malangnya laman web tersebut telah dipadam).

Berikut adalah contoh bahasa yang diguna saperti:
"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan" (siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);
"What sort of fucking Dr. r u" (Dr pu... apa awak ni); "Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);
"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"

(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim); "They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);

"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive". (Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik); "As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history".

(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka). "If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".

(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak). Adalah jelas laman web yang menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY ini bertindak melampau, kurang ajar, biadap dan keterlaluan.

Penyiaran yang dibuat:
1. menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau;
2. menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
3. menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
4. menghina agama Islam dan mereka yang memilihIslam seolah-olah keturunan semua mereka yang memeluk Islam saperti anak haram yang tidak mengenal salasilah dan keturunan keluarganya;
5. menghina kaum Cina yang memilih memeluk Islam sebagai pencuri, penjenayah, perompak dan penyangak.
Saya mengutuk dengan kutukan yang paling keras dan dengan bahasa yang paling tegas terhadap laman web tersebut. Apakah mereka berasa saperti cengkadak naik ke junjong; sudah tidak mengerti adab susila dan kesopanan ketimuran? Apakah mereka merasakan mereka golongan yang hebat dan "untouchables", sehingga orang lain tidak boleh berbeza pendapat dengan mereka.
Tindakan laman web tersebut sudah pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan akan mencetuskan ketegangan agama.

Saya dengan ini mendesak:
1. Ketua Pemuda DAPSY YB Loke Siew Foke dan Pemuda DAP meminta maaf kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam umumnya;
2. pengendali laman web www.sjsandteam.wordpress hendaklah meminta maaf secara terbuka kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah khususnya dan umat Islam umumnya;
3. penulisan dan komen bertajuk"Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock's family" hendaklah ditarik balik;
4. Pihak polis hendaklah menyiasat segera kenyataan tersebut serta pengendali web berkenaan menurut peruntukkan undang-undang sedia ada saperti Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan;
5. Jika didapati ada kes, pihak Peguam Negara hendaklah dengan segera mengenakan pendakwaan jenayah terhadap mereka yang berkaitan;
6. Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah membatalkan laman web tersebut;

Sekian wassalam.
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis
15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009

(NOTA: UMAT ISLAM DIHINA SEPERTI INI KERANA KELEMAHAN UMAT SENDIRI YG BERPECAH-BELAH DAN BERPUAK-PUAK. JADI BERUSAHALAH DAN AMBIL LANGKAH UNTUK BERSATU SEGERA..)

Saturday, August 8, 2009

PUNCA HATI TIDAK BAHAGIA.


9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki- amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut....walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ....dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.

So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.

Wallahualam"

Friday, August 7, 2009

COST SAVINGS


RAISING COST




Pricetag to raise a child -- $291,570, says U.S.
Reuters: Tue Aug 4, 2009 8:46pm EDT

WASHINGTON (Reuters) - A middle-income family can expect to spend $291,570 including inflation to raise a child born in 2008 to adulthood, the government estimated on Tuesday, up slightly from the estimate made a year ago.

The estimate covers food, shelter and other necessities for a child to age 18, said the annual report by the Agriculture Department. The figure does not include the cost of childbirth or college.

Housing accounts for one-third of expenditures on children. Food accounts for 16 percent, the same as child care and education, said the Expenditures on Children by Families report.
Last year, the USDA estimated it would cost $269,040 to raise a child born in 2007 to age 18, including inflation. The USDA has made the estimates since 1960, when the estimated cost was $25,300. The department said it planned to have an updated "Cost of Raising a Child Calculator" on the Internet soon.

Annual spending for child-rearing ranges from $11,610 to $13,480 for a middle-income, two-parent family, the USDA said. Families with lower incomes will spend less and families with higher incomes spend more. Expenses are highest in cities in the U.S. Northeast, followed by urban areas of the West and Midwest. They are lowest in rural America and cities in the South.

(Reporting by Charles Abbott; editing by Todd Eastham)


NOTE: USD1 = RM3.6500



Wednesday, August 5, 2009

AKPK Free Services

Regain control of your life and your debts.

Through the Debt Management Programme (DMP), our counsellors will work with you to develop a personalised debt repayment plan in consultation with your financial service providers*.

AKPK does not provide loans or financing. Our DMP is available to all individuals who need assistance in managing their personal debts with financial service providers* regulated by Bank Negara Malaysia, provided that:

You have a positive source of income after meeting your expenses
Your total debt does not exceed RM2million
You are not under advanced litigation process
You are not a bankrupt
Dont’ wait. Do it now. Talk to us.
Call AKPK's toll free hotline: 1-800-88-2575 or any
AKPK’s office nearest to you for an appointment.


*Financial services providers comprise of:
All commercial banks
All Islamic banks
All insurance companies
All takaful operators
Development financial institutions (regulated by Bank Negara Malaysia)
Credit/charge card issuer (regulated by Bank Negara Malaysia)


NOTE: DON'T WAIT TILL TOO LATE..

Sunday, July 26, 2009

Discount 5%

Effective 1/7/2009, customer who's renewing their vehicle insurance direct with Insurance Company would enjoying an additional discount of 5% instantly. And shall get a discount of 10% by next year.

This news confirmed by PIAM despite grouses from 40,000 of general insurance agent nationwide. So better grabbed it in this time of economy downturn.